5 Media social popular sebelum facebook

Assalamualaikum...

Pada zaman yang serba canggih ini, andai ditanya media sosial apakah yang anda gunakan? Sudah tentu rata-rata akan menjawab 'Facebook'. Ya, memang diakui media sosial ciptaan Mark Zuckerberg itu kini menjadi media sosial paling popular serta paling banyak digunakan di seluruh dunia.

Akan tetapi tahukah anda, sebelum Facebook ini muncul, ada terdapat lebih kurang lima media sosial yang sangat menarik perhatian pengguna internet pada sekitar tahun 90an hingga awal 2000an? Apakah lima media tersebut? 


1. AOL




Bagi mereka yang telah memiliki komputer di awal tahun 90an, sudah tentu sinonim dengan nama AOL. AOL dahulu adalah pusat berinteraksi di dunia maya. Di dalam AOL terdapat AOL Instant Messenger (AIM) yang mana digunakan sebagai ruangan sembang @ chatting.

Pada tahun 2001, AOL telah menjalinkan usahasama perniagaan dengan Time Warner dan menjadi perniagaan media. Akan tetapi, AOL tidak mengikuti perkembangan serta perubahan zaman yang begitu pantas. Perniagaan AOL merudum dan ia sudah menjadi tidak relevan lagi kepada pengguna.



2. mRIC


Jika anda biasa masuk ke warnet, pasti tidak asing dengan ruangan sembang @ chatting yang bernama mRIC. Di dalam mRIC yang popular dengan istilah "asl pls" atau "asl plz". Sebenarnya istilah itu untuk mereka yang baru kenal di dalam ruangan chatting tersebut.

Asl adalah singkatan bagi age, sex, location ( umur, jantina, lokasi anda). Manakala istilah plz/pls singkatan bagi please. Dan jika dirasakan sesuai untuk berinteraksi, biasanya akan diteruskan sehingga ada yang hingga bertemu di dunia nyata (dating).

mRIC adalah media sosial dengan ruangan chatting ini dicipta pada tahun 1995.



3. Second Life



Mungkin ramai yang tidak pernah dengar media sosial ini kerana ia kurang popular. Namun begitu, media sosial ini cukup menarik untuk kita ketahui. 

Second Life dibangunkan oleh Linden Tab pada tahun 2003. Media sosial ini bertujuan agar pengguna boleh saling berkomunikasi dan berinteraksi di dunia maya. Ia dikira sebagai dunia kedua kepada penggunanya.

Akan tetapi, disebabkan ketidakstabilan insfrastrukturnya dan ditambah pula penggunanya mula beralih ke Facebook, akhirnya Second Life semakin merudum serta hilang popular.



4. Friendster



Sebelum adanya Facebook, Friendster adalah laman media sosial paling popular di dunia. Dalam jangkamasa 3 bulan sahaja ia muncul, sudah menarik lebih 3 juta pengguna aktif setiap hari. Friendster dibangunkan oleh Jonathan Abrams.

Disebabkan kepopularannya, Jonathan Abrams telah ditawarkan oleh Google dengan bayaran 30 juta dollar. Tetapi beliau tidak mahu menerima tawaran tersebut dan memilih untuk mengambil modal melalui yuran atau bayaran daripada pengguna untuk terus mengembangkan Friendster.

Tetapi di sekitar tahun 2008 - 2009, Friendster semakin lama semakin merudum. Ia tidak mampu memenuhi kehendak pengguna kerana tidak mengikuti perkembangan zaman. Dan ditambah dengan pengguna yang telah beralih ke Facebook.


5. Myspace



Bagi anda yang suka music, sudah tentu biasa dengan media sosial yang satu ini iaitu Myspace. Ia dibangunkan oleh Chris DeWolf dan Tom Anderson pada tahun 2003. Mereka mencipta Myspace kerana berasa kecewa dengan Friendster yang dianggap tidak berkesan serta kurang memenuhi citarasa pengguna media sosial.

Pada tahun 2006, Myspace telah mempunyai lebih kurang 100 juta pengguna aktif setiap bulan. Kemudian NewsCorp telah membeli Myspace dengan harga sekitar 580 juta dollar. Dan pada tahun 2007, saham Myspace ini dianggarkan bernilai 12 million dollar.

Namun begitu, seperti media sosial yang lain, Myspace menerima nasib yang sama kerana penggunanya telah beralih arah ke Facebook yang telah popular di kalangan pengguna internet.

Dan sehingga saat saya menulis, Facebook adalah media sosial yang paling berkuasa. Belum ada nampak mana-mana media sosial yang muncul untuk menandingi Facebook. Adakah Facebook akan mengalami nasib yang sama seperti media sosial yang sebelumnya? 
Sama-samalah kita tunggu!!!